Kamus

  • strict warning: Declaration of taxonomy_facet::build_root_categories_query() should be compatible with faceted_search_facet::build_root_categories_query() in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/faceted_search/taxonomy_facets.module on line 0.
  • strict warning: Non-static method view::load() should not be called statically in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/views.module on line 906.
  • strict warning: Declaration of views_handler_argument::init() should be compatible with views_handler::init(&$view, $options) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_argument.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter::options_validate() should be compatible with views_handler::options_validate($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter::options_submit() should be compatible with views_handler::options_submit($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter_boolean_operator::value_validate() should be compatible with views_handler_filter::value_validate($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter_boolean_operator.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_style_default::options() should be compatible with views_object::options() in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_style_default.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_row::options_validate() should be compatible with views_plugin::options_validate(&$form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_row.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_row::options_submit() should be compatible with views_plugin::options_submit(&$form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_row.inc on line 0.

Neraka

Tempat seksaan untuk jiwa-jiwa orang mati yang tidak mempercayai Isa al-Masih, dan mengingkari panggilan-Nya untuk bertaubat dan menerima Kerajaan Allah (KSI: Matius 3:2). Neraka itu tempat yang gelap-gelita dan apinya tidak padam selama-lamanya (KSI: Matius 13:36 – 43). Orang yang menolak pengampunan Allah ditempatkan di situ, mereka meratap sengsara dan kertakkan gigi (KSI: Matius 8:12).

Nubuat

Wahyu yang diterima nabi atau rasul daripada Allah untuk disampaikan kepada umat-Nya (KSI: Matius 2:5, Matius 2:5, 17 – 18).

Wahyu atau firman Allah yang mengandungi ramalan dan amaran yang akan terjadi pada masa hadapan.

Perkara buruk akan menimpa umat Allah jika mereka tidak mengindahkan firman tersebut (KSI: Matius 11:20 – 24).

Orang Percaya

Gelaran untuk pengikut-pengikut Isa, iaitu orang yang percaya kepada Isa al-Masih sebagai Junjungan Yang Esa dan Penyelamat mereka (KSI: Yahya 20:31).

Paulus (Rasul)

Rasul Isa al-Masih yang juga bernama Saul (KSI: Kisah Para Rasul 7:58). Dia termasuk golongan mazhab Farisi dan turut menganiaya pengikut-pengikut Isa. Dia bertaubat dan dipanggil menjadi rasul, khususnya bagi bangsa-bangsa di luar bani Israel (KSI: Kisah Para Rasul 9; KSI: Galatia 1:13 – 16). Dia pergi ke banyak tempat untuk memberitakan Injil dan mendirikan jemaah-jemaah baru. Paulus menulis surat-suratnya kepada para jemaah untuk membimbing mereka sebagai pengikut-pengikut Isa al-Masih. Beberapa surat rasul menjadi bahagian Firman Allah apabila rasul itu ‘digerakkan oleh Roh Suci untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah’ (KSI: 2 Petrus 1:20 – 21).

Pengikut al-Masih

Satu daripada beberapa gelaran (contohnya, orang percaya, warganegara kerajaan dll.) bagi mereka yang menerima ajaran Isa al-Masih, menyakini penebusan-Nya serta mengikut-Nya. Walaupun ramai orang telah mengikut Isa, dua belas orang murid telah dipilih khususnya untuk menemani-Nya dan mereka ini telah diutus-Nya untuk mengkhabarkan berita baik (KSI: Markus 3:13 – 14). Semenjak zaman Isa al-Masih, ramai orang daripada pelbagai latar belakang telah menjadi pengikut-Nya. Sebelum Isa wafat, Dia berdoa untuk mereka yang akan mengikut Dia supaya bersatu (KSI: Yahya 17:20 – 23).

Pengimadan

Kata dasar ‘pengimadan’ adalah istilah imad, salah satu kata yang berasal daripada bahasa Arab. Istilah imad ini berhubungan dengan istilah bahasa Arab yang lain, iaitu amada yang bermaksud ‘bergantung kepada.’ Dalam teks Injil aslinya, istilah Yunani baptizo bererti ‘mencelup ke dalam air.’ Ungkapan ‘pengimadan’ difahami sebagai upacara pembasuhan yang dijalankan oleh para pengikut Isa al-Masih dan yang bererti bahawa pengikut itu bersatu dengan Isa al-Masih dalam kehidupan, kematian, dan kebangkitan-Nya (KSI: Rom 6:3 – 8). Lihat Kerajaan Allah.

Penolong Jemaah

Para pemimpin dalam jemaah yang diperakui dan bertanggungjawab menguruskan kebajikan para anggota jemaah, khususnya mereka yang mempunyai keperluan (KSI: 1 Timotius 3:8).

Penyelamat

Utusan Allah, iaitu Isa al-Masih yang datang ke bumi untuk menyelamatkan umat Allah. Nama ‘Isa’ merupakan terjemahan ke dalam bahasa Siria dari bahasa Ibrani Yesyua yang bererti ‘Allah menyelamatkan.’ Allah mengirim malaikat Jibrail untuk menyatakan kepada Maryam bahawa dia akan melahirkan seorang anak lelaki yang ‘akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka’ (KSI: Lukas 2:11).

Penyelia Jemaah

Pemimpin-pemimpin dalam jemaah yang diperakui dan bertanggungjawab khasnya untuk mengajar dan menerangkan ajaran Kitab Suci kepada para anggota jemaah dan juga di dalam pelayanan doa (KSI: 1 Timotius 3:1).

Perayaan Paska

Perayaan memperingati pembebasan bani Israel dari Mesir. Anak-anak lelaki sulung orang Mesir dibunuh, tetapi gerbang pintu rumah umat Ibrani yang dicelup darah ‘dilewati’ (Ibrani Pesah bererti ‘melewati’) malaikat maut. Peristiwa itu diperingati dengan mengadakan jamuan Paska di mana para peserta ‘makan Paska’ atau anak domba Paska itu (KST: Keluaran 12:23 – 28, 43–51). Isa al-Masih disebut domba Paska (KSI: 1 Korintus 5:7) atau Anak Domba yang disembelih (KSI: Wahyu 5:6). Bagi jemaah awal, hari Paska memperoleh erti yang baru, iaitu perayaan kebangkitan Junjungan Isa. Lihat Domba.

Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil