Doa
Doa ialah bercakap dengan Allah (KSI: 1 Tesalonika 5:17). Allah bercakap kepada kita menerusi firman-Nya (KSI: 2 Timotius 3:16) dan berbisik dalam hati kita melalui Roh-Nya (KSI: Kisah Para Rasul 16:6), dan kadang-kadang melalui mimpi (KSI: Kisah Para Rasul 18:9). Dia juga bercakap kepada kita melalui kata-kata rakan seiman (KSI: Galatia 2:14 – 16), juga menerusi keadaan dan kejadian (KSI: Markus 12:41 – 44). Doa boleh dihafaz dan dilafazkan kepada Allah (KSI: Matius 6:9 – 13). Tuhan lebih mementingkan sikap hati daripada kata-kata kita (KSZ: 62:8). Yang penting bukanlah panjangnya doa kita atau kedudukan jasmani kita semasa berdoa, tetapi keikhlasannya (KSI: Matius 6:5 – 8; KSI: Lukas 18:10 – 14). Kita boleh berlutut semasa berdoa, (KSI: Efesus 3:14), berdiri (KSI: Markus 11:25), atau bersujud (KSI: Matius 26:39).