Suatu mazhab atau golongan pemimpin agama bani Israel yang sebahagian besar terdiri daripada para imam. Mereka mendasarkan pengajaran mereka pada Kitab Suci Taurat dan menolak segala adat istiadat yang ditokok tambah kemudian. Mereka tidak percaya kepada kebangkitan dan adanya malaikat. Golongan ini sangat terbuka kepada kebudayaan Yunani (KSI: Lukas 20:27).
Kamus
Saduki
Samaria
Pada zaman Isa, Samaria adalah daerah di antara Galilea (utara) dan Yudea (selatan). Penduduknya dibenci oleh ramai orang, khususnya bani Israel kerana perbezaan agama dan adat istiadat (KSI: Lukas 10:25 – 37).
Saumaah
Tempat mesyuarat orang Yahudi yang digunakan untuk mengajar agama atau digunakan sebagai tempat perhimpunan agama (KSI: Matius 13:54; KSI: Lukas 6:6; KSI: Kisah Para Rasul 13:5).
Syaitan
Nama daripada ketua kejahatan, ketua musuh Allah. Dalam bahasa Ibrani, namanya bererti ‘musuh yang selalu mengambil tindakan untuk melawan.’ Syaitan terus-menerus melawan kehendak Allah, umat Allah dan perkembangan Kerajaan Allah. Dia tidak puas hati dengan melawan sahaja, tetapi dia mahu menghancurkan semua yang mewahyukan kemuliaan Allah. Dia sering menggunakan strategi godaan, penuduhan dan penipuan untuk menghalangi hamba Allah (KSI: 1 Petrus 5:8) walaupun sudah jelas bahawa dia akan ditumpaskan oleh Yang Maha Kuasa pada akhir zaman dan akan diusir ke dalam lautan api untuk selama-lamanya (KSI: Wahyu 20:10).
Syurga
Dunia di akhirat nanti yang telah disiapkan oleh Allah untuk umat-Nya. Menurut Isa al-Masih, syurga merupakan suatu rumah rohani yang disiapkan untuk pengikut-Nya (KSI: Yahya 14:1 – 3). Syurga juga digambarkan sebagai satu tempat yang tiada penyakit atau kesakitan dan tidak ada kelaparan atau kehausan (KSI: Wahyu 7:15 – 17). Di situ semua orang memperoleh tempat berteduh (KSI: Ibrani 4:1 – 3). Syurga penuh dengan puji-pujian terhadap kemuliaan Allah (KSI: Wahyu 5:13 – 14). Ada banyak lagi kata kiasan yang digunakan untuk mengungkapkan bagaimana kekosongan di dalam hidup ini akan dipenuhi sehingga melimpah-limpah di syurga (KSI: Wahyu 4:1 – 11). (KSI: Lukas 1). Dia melaksanakan pengimadan sebagai tanda pertaubatan dan pengampunan dosa (KSI: Lukas 3:3). Dialah perintis jalan bagi Isa al-Masih ‘yang akan memperimadkan dengan Roh Allah dan dengan api’ (KSI: Lukas 3:16). Salah seorang pengikut atau sahabat akrab Isa al-Masih, yang kemudian diberikan tugas sebagai rasul Allah kerana wahyu Allah diturunkan kepadanya. Misalnya, sebahagian daripada wahyu Allah itu diterimanya di pulau Patmos, lalu dituliskannya ke dalam surah Wahyu (KSI: Matius 10:2).
Tasik Galilea
Sebuah tasik yang besar di bahagian utara Sungai Yordan. Isa al-Masih menenangkan ribut yang melanda perahu pengikut-pengikut-Nya semasa mereka menyeberangi tasik tersebut (KSI: Lukas 8:22 – 25).
Taurat (Kitab Suci)
Kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada beberapa nabi, terutamanya Nabi Musa. Banyak cerita nabi-nabi termaktub di dalam Kitab Suci Zabur termasuk nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, dll. Cerita ini sering digunakan oleh Allah untuk menguatkan iman umat-Nya dan mempersiapkan mereka untuk menerima pengampunan-Nya.
Yahya
Anak Imam Zakaria dan Ashba.
Yakobus
Yakobus pengikut Isa al-Masih (KSI: Matius 10:2) yang menjadi pemimpin jemaah di Baitulmaqdis (KSI: Kisah Para Rasul 15:13).
Yakobus anak kedua Maryam. Ayahnya adalah Yusuf (KSI: Matius 13:55; KSI: Kisah Para Rasul 12:17; 15:13; KSI: Yakobus 1:1).
Yunani
Sejak zaman Iskandar Dzulkarnain Agung (abad ke-4 SM) kebudayaan dan bahasa Yunani sangat meluas di daerah sekitar Laut Tengah. Dalam bahasa itulah Kitab Suci Injil ditulis. Orang Israel di luar Palestin juga menggunakan bahasa Yunani (KSI: Kisah Para Rasul 6:1). Istilah ‘Yunani’ sering digunakan untuk membawa maksud bangsa-bangsa yang bukan dari bani Israel (KSI: Kisah Para Rasul 21:28; KSI: 1 Korintus 12:13; KSI: Galatia 3:28).
Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil