Melanggar hukum Allah. Dosa bukanlah hanya kesalahan yang kita lakukan dalam kelemahan kita, tetapi pernyataan pemberontakan yang ada dalam hati kita (KSI: Rom 3:23). Memandang perempuan dengan niat, sudah berzinah dalam hati. (KSI: Matius 5:27 – 28). Dosa mesti dihukum. Amal baik tidak dapat menghapuskan dosa-dosa kita (KSI: Efesus 2:8 – 9). Lihat Kehidupan Kekal.
Kamus
Dosa
Farisi
Suatu mazhab atau golongan daripara rabi dan ahli Taurat yang sangat berpengaruh. Mereka berpegang pada Taurat Musa dan pada ‘adat istiadat’ nenek moyang (KSI: Matius 15:2). Mereka mentaati seluruh hukum dan peraturan secara mutlak.
Feliks
Gabenor Rom bagi wilayah Yudea (52 – 60 TM). Rasul Paulus harus menghadap dia untuk membela diri pada masa orang Yahudi merancang untuk membunuhnya (KSI: Kisah Para Rasul 23:24 – 24:27).
Festus
Gabenor Rom bagi wilayah Yudea (60 – 62 TM). Rasul Paulus harus membela dirinya sebelum dihadapkan kepada Kaisar (KSI: Kisah Para Rasul 25:1 – 26:32).
Firdaus
Nama lain bagi syurga. Tempat tinggal bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah selepas meninggal dunia. Contohnya adalah pencuri yang disalibkan di sebelah Isa al-Masih yang dijanjikan Firdaus sebagai balasan kerana dosanya diampunkan (KSI: Lukas 23:43). Hal ini menunjukkan bahawa pengampunan bergantung kepada kasih kurnia Allah dan bukan kerana pahala yang dikumpul semasa hidup kita (KSI: Rom 6:23).
Firman
Merujuk kepada Isa yang bersama-sama Allah sejak dari awal. Segala yang ada di dalam cakerawala dicipta melalui Firman Allah (KSI: Yahya 1:1–3). Firman Allah telah dikirim ke dalam rahim Maryam dan menjadi manusia dan nama-Nya Isa al-Masih (KSI: Yahya 1:14; KSI: Lukas 1:26 –38). Hanya Isa sahaja yang disebut Firman Allah.
Firman Allah juga merujuk kepada Kitab Suci Taurat, Zabur dan Injil (KSI: 2 Timotius 3:16).
Galatia
Daerah kerajaan Rom yang terletak di bahagian timur negara Turki sekarang (yang juga dikenali sebagai Asia Kecil). Di situ terdapat kota-kota Ikonium, Listra, Derbe dan Antiokhia di Pisidia. Rasul Paulus memberitakan Injil di sana (KSI: Kisah Para Rasul 13 – 14).
Galilea
Wilayah utara Palestin dan nama sebuah tasik. Galilea adalah daerah tempat Isa al-Masih dibesarkan dan di situlah Dia memulakan pelayanan-Nya. Penduduknya terdiri daripada bani Israel dan juga yang bukan bani Israel. Tasik Galilea juga dikenali sebagai Tasik Genesaret atau Tasik Tiberias (KSI: Yahya 6:1, 21:1).
Gamaliel
Seorang tokoh agama yang terkenal dari mazhab Farisi, anggota Mahkamah Agama di Baitulmaqdis (KSI: Kisah Para Rasul 5:34).
Gasar
Sebutan orang Yunani terhadap orang yang bukan Yunani (KSI: Kolose 3:11).
Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil