Ibrani

Nama bangsa dan nama bahasa yang berasal daripada orang yang berketurunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ishak. Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa dia akan diberkati supaya keturunannya menjadi berkat kepada seluruh dunia (KST: Kejadian 12:1 – 3). Malangnya, banyak daripada keturunan Nabi Ibrahim yang tidak mentaati kehendak Allah dalam kehidupan mereka. Keingkaran orang Yahudi membawa penderitaan kepada diri mereka dan orang di sekeliling mereka. Akhirnya, mereka memerlukan penyelamatan yang hanya datang daripada Allah melalui al-Masih yang akan datang.