Kamus

  • strict warning: Declaration of taxonomy_facet::build_root_categories_query() should be compatible with faceted_search_facet::build_root_categories_query() in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/faceted_search/taxonomy_facets.module on line 0.
  • strict warning: Non-static method view::load() should not be called statically in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/views.module on line 906.
  • strict warning: Declaration of views_handler_argument::init() should be compatible with views_handler::init(&$view, $options) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_argument.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter::options_validate() should be compatible with views_handler::options_validate($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter::options_submit() should be compatible with views_handler::options_submit($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter_boolean_operator::value_validate() should be compatible with views_handler_filter::value_validate($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter_boolean_operator.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_style_default::options() should be compatible with views_object::options() in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_style_default.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_row::options_validate() should be compatible with views_plugin::options_validate(&$form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_row.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_row::options_submit() should be compatible with views_plugin::options_submit(&$form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_row.inc on line 0.

Babel

Ibu kota negeri Babilonia pada zaman dahulu kala yang terletak di bahagian timur Palestin, di antara Sungai Tigris dan Sungai Efrat. Pada tahun 586 SM kerajaan ini menguasai Baitulmaqdis, dan sebahagian penduduknya diusir ke Babel. Peristiwa ini disebut ‘pembuangan ke Babel,’ berlangsung lebih kurang 70 tahun. Babel juga adalah nama simbolik untuk Rom (KSI: Wahyu 14:8).

Bahtera

Kapal yang dibuat oleh Nabi Nuh untuk menyelamatkan diri dan keluarganya serta binatang-binatang daripada bencana air bah (KSI: Ibrani 11:7).

Baitlahim

Suatu pekan di daerah Yudea tempat Isa al-Masih dilahirkan (KSI: Matius 2:1).

Bapa

Istilah yang sering digunakan untuk Yang Maha Esa. Isa al-Masih menceritakan kepada pengikut-pengikut-Nya kisah seorang bapa yang rela mengampuni anaknya selepas dia bertaubat walaupun anaknya membazirkan harta ayahnya (KSI: Lukas 15:11 – 32). Dia menerangkan kepada kita bahawa kasih Allah adalah seperti kasih seorang bapa kepada anak-anaknya.

Beelzebul

Salah satu daripada nama Iblis atau Syaitan (KSI: Matius 10:25). Lihat Syaitan.

Bukit Zaitun

Bukit di sebelah timur kota Baitulmaqdis (KSI: Matius 21:1).

Dajal

Kuasa yang melawan Allah dan al-Masih. Kuasa ini semakin besar menjelang kedatangan kembali Isa al-Masih dan boleh menjelma dalam diri orang tertentu (KSI: 1 Yahya 2:18).

Daud (Raja, Nabi)

Raja kedua bani Israel yang menyatukan seluruh bangsa Israel dan mendirikan kota Baitulmaqdis sebagai ibu negerinya, tempat tabut perjanjian disimpan. Raja Daud merupakan salah seorang nabi teragung Allah. Allah telah memberikan Kitab Suci Zabur terutamanya melalui Nabi Daud. Melalui Kitab Suci Zabur, kita belajar bagaimana mendekati Allah dengan hati yang lembut seperti Nabi Daud (KSZ: 15:1– 5).

Doa

Doa ialah bercakap dengan Allah (KSI: 1 Tesalonika 5:17). Allah bercakap kepada kita menerusi firman-Nya (KSI: 2 Timotius 3:16) dan berbisik dalam hati kita melalui Roh-Nya (KSI: Kisah Para Rasul 16:6), dan kadang-kadang melalui mimpi (KSI: Kisah Para Rasul 18:9). Dia juga bercakap kepada kita melalui kata-kata rakan seiman (KSI: Galatia 2:14 – 16), juga menerusi keadaan dan kejadian (KSI: Markus 12:41 – 44). Doa boleh dihafaz dan dilafazkan kepada Allah (KSI: Matius 6:9 – 13). Tuhan lebih mementingkan sikap hati daripada kata-kata kita (KSZ: 62:8). Yang penting bukanlah panjangnya doa kita atau kedudukan jasmani kita semasa berdoa, tetapi keikhlasannya (KSI: Matius 6:5 – 8; KSI: Lukas 18:10 – 14). Kita boleh berlutut semasa berdoa, (KSI: Efesus 3:14), berdiri (KSI: Markus 11:25), atau bersujud (KSI: Matius 26:39).

Domba

Kambing kibas. Sejenis kambing biri-biri tanah tinggi di negeri Arab di Timur Tengah yang biasanya digunakan sebagai korban kepada Allah. Isa al-Masih disebut ‘Anak Domba Allah’ (KSI: Yahya 1:29), suatu gelaran yang berkaitan dengan korban yang disembelih oleh Nabi Ibrahim ratusan tahun sebelumnya (KST: Kejadian 22:1–19).

Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil