Nabi (hamba) Allah yang diutus ke kota Niniwe. Dia dilemparkan ke laut dan ditelan oleh seekor ikan besar, tetapi atas kehendak Allah dia dimuntahkan kembali (KSI: Matius 12:40 – 41).
Kamus
Yunus (Nabi)
Yusuf
Yusuf, nabi Allah yang diberi kepercayaan untuk menafsirkan mimpi raja Mesir, Firaun (KSI: Kisah Para Rasul 7:10).
Yusuf tunangan Maryam pada masa Maryam dipercayai Allah melahirkan Isa al-Masih. Mereka hanya hidup sebagai suami isteri selepas Isa dilahirkan (KSI: Matius 1:18 – 24).
Yusuf dari Arimatea yang memakamkan Isa al-Masih di tempat pemakaman miliknya sendiri (KSI: Matius 27:57).
Zabur (Kitab Suci)
Kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada beberapa hamba Allah, terutamanya Nabi Daud. Kitab Suci Zabur adalah bahagian firman Allah yang khususnya bercakap secara langsung kepada hati manusia, kerana kitab ini berbentuk puisi yang menyentuh kesengsaraan serta kegembiraan hidup. Melalui teladan Nabi Daud kitab ini menunjukkan kita bagaimana kita dapat mendekati Allah dengan hati nurani (KSZ: 62:8, 66:18).
Zufa
Tumbuh-tumbuhan kecil yang batang dan daunnya dapat digunakan untuk memercikkan cecair (KSI: Yahya 19:29).
Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil