Kehidupan bersama Allah yang tidak berkesudahan dan juga satu cara hidup yang baru. Isa al-Masih mengajar bahawa jalan masuk ke kehidupan kekal adalah sempit dan tidak ramai yang menemuinya, tetapi jalan ke neraka lebar dan mudah ditemui (KSI: Matius 7:13 – 14). Isa menjelaskan bahawa kehidupan kekal dialami di dalam Kerajaan Allah, tetapi penghakiman dan penghukuman adalah ganjaran bagi mereka yang hidup di luarnya (KSI: Matius 13:41– 42).
Kamus
Kehidupan Kekal
Kerajaan Allah
Pemerintahan dan kedaulatan (‘Darul Ilahi’) yang telah didirikan dalam hati dan jiwa manusia dan yang akan diserlahkan dengan sempurnanya pada Hari Akhir. Isa al-Masih menyatakan bahawa Kerajaan Allah sudah dekat kepada sesiapa yang bertaubat (KSI: Matius 4:17). Isa al-Masih juga menyatakan kepada tokoh agama Nikodemas bahawa seseorang hanya boleh memasuki Kerajaan Allah jikalau dia dilahirkan semula (KSI: Yahya 3:3 – 5). Apabila Isa kembali ke syurga, Allah meletakkan al-Masih sebagai pemimpin atas kerajaan-Nya (KSI: Efesus 1:19 – 23) dan pada Hari Akhir Dia akan mengembalikan kerajaan kepada Allah (KSI: 1 Korintus 15:24). Kerajaan Allah juga dikenali sebagai ‘Kerajaan Syurga’ (KSI: Matius 3:2). Lihat al-Masih.
Kitab Hidup
Rekod Allah yang mendaftarkan nama semua hamba-Nya yang telah menerima pengampunan dosa. Mereka akan diselamatkan daripada lautan api dan akan diterima dalam Firdaus oleh Yang Maha Kasih (KSI: Wahyu 20:12 – 15). Lihat Kehidupan Kekal, Kerajaan Allah.
Korban
Persembahan berbentuk binatang kepada Allah sebagai ibadat.
Pengorbanan dilakukan sebagai tanda kesyukuran mereka kepada Tuhan atau sebagai tanda pertaubatan akan dosa mereka, kerana 'tanpa darah tidak ada pengampunan (KSI: Ibrani 9:22).
Malkisedek
Seorang raja dari Salem (Baitulmaqdis). Namanya bererti ‘raja keadilan.’ Dialah imam Allah yang pernah memberkati Nabi Ibrahim. Zaman dahulu raja Israel disebut ‘imam menurut peraturan (sunnah) Malkisedek.’ Gelaran itu kemudian diberikan kepada Isa al-Masih sehingga Dia menjadi Imam yang lebih tinggi daripada Lewi atau Harun (KSI: Ibrani 7:23 – 28).
Maryam
Hamba Allah yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan Isa al-Masih (KSI: Lukas 1:26 – 38). Oleh sebab Maryam masih anak dara, kelahiran al-Masih adalah sesuatu keajaiban daripada Allah. Maryam Magdalena, iaitu Maryam yang berasal dari Magdala (Magadan), salah sebuah bandar di sebelah barat Tasik Galilea (KSI: Lukas 8:2; KSI: Yahya 20:1, 18).
Mengimadkan
Lihat Pengimadan.
Mikail
Malaikat pelindung umat Allah (KSI: Wahyu 12:7).
Musa (Nabi)
Nabi agung umat Allah yang telah membawa Kitab Suci Taurat dan juga hukum Taurat. Nabi Musa juga telah memimpin umat Allah keluar dari tanah Mesir dan membebaskan mereka daripada kuasa dan penganiayaan Firaun (KST: Keluaran 3 – 12).
Nasaret
Sebuah bandar di daerah Galilea tempat Maryam dan Yusuf tinggal dan kampung Isa al-Masih selama tiga puluh tahun sehingga Dia ditolak oleh orang sekampungnya (KSI: Matius 2:23).
Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil