Kamus

  • strict warning: Declaration of taxonomy_facet::build_root_categories_query() should be compatible with faceted_search_facet::build_root_categories_query() in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/faceted_search/taxonomy_facets.module on line 0.
  • strict warning: Non-static method view::load() should not be called statically in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/views.module on line 906.
  • strict warning: Declaration of views_handler_argument::init() should be compatible with views_handler::init(&$view, $options) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_argument.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter::options_validate() should be compatible with views_handler::options_validate($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter::options_submit() should be compatible with views_handler::options_submit($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_handler_filter_boolean_operator::value_validate() should be compatible with views_handler_filter::value_validate($form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/handlers/views_handler_filter_boolean_operator.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_style_default::options() should be compatible with views_object::options() in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_style_default.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_row::options_validate() should be compatible with views_plugin::options_validate(&$form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_row.inc on line 0.
  • strict warning: Declaration of views_plugin_row::options_submit() should be compatible with views_plugin::options_submit(&$form, &$form_state) in /home/jn9qssz6zu9r/public_html/sites/all/modules/views/plugins/views_plugin_row.inc on line 0.

Harapan

Satu kepastian yang berasas kepada janji-janji Allah (KSI: Kolose 1:22, 23). Mereka yang telah diampuni memiliki janji kehidupan kekal (KSI: Yahya 5:24).

Hari Tuhan

Dalam tulisan para nabi Hari Tuhan sering juga disebut hari akhir, hari penghakiman. Ungkapan-ungkapan ini menunjuk ke masa depan ketika Allah akan bertindak dan mendatangkan keadaan yang sama sekali baru. Istilah ini juga merujuk kepada kedatangan dan penghakiman Isa al-Masih pada akhir zaman (KSI: Kisah Para Rasul 2:20). Pada masa itu Kerajaan Allah akan ditegakkan dengan sepenuhnya.

Hati

Merujuk kepada roh manusia yang menentukan fikiran dan tindakan serta perhubungan dengan Allah. Apabila ditanya apakah perintah yang teragung, Isa al-Masih telah menjawab, ‘Kasihilah Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hati, dengan sepenuh jiwa dan dengan sepenuh fikiranmu’ (KSI: Matius 22:37). Keagamaan lazimnya tertumpu kepada apa yang zahir, tetapi Allah melihat kepada apa yang batin dan dalam hati (KST: 1 Samuel 16:7).

Herodes

Herodes Agung, raja seluruh wilayah Palestin (37 – 4 SM).

Arkhelaus, anak Herodes Agung, yang memerintah Yudea dan Samaria (4 SM – 6 TM ). Dia digulingkan dan daerahnya digabungkan ke dalam Empayar Rom (KSI: Matius 2:22).

Herodes Antipas, putera Herodes Agung, raja wilayah Galilea (4 SM – 39 TM), yang kemudian digulingkan. Dia berkahwin dengan Herodias, bekas isteri saudaranya (KSI: Lukas 3:19). Dialah yang membunuh Nabi Yahya (KSI: Matius 14:1 – 12).

Ibarat

Cerita-cerita untuk memberikan pengajaran. Ibarat kerap kali digunakan untuk memberitakan Injil, iaitu khabar baik mengenai Kerajaan Allah (KSI: Matius 13:1 – 52).

Iblis

Si durjana yang melawan Allah serta rancangan penyelamatan-Nya. Juga disebut ‘si durjana’ (KSI: Matius 6:13). Kata asli dalam bahasa Ibrani dan Yunani bererti ‘pendakwa’. Iblis adalah ‘pembunuh manusia dari mulanya tidak ada kebenaran di dalam dirinya. Dia adalah pembohong dan bapa semua dusta’ (KSI: Yahya 8:44). Pada akhir zaman, kuasanya akan meningkat (KSI: Wahyu 12:1 – 17), tetapi akhirnya dia akan dikalahkan oleh kuasa firman Allah (KSI: Wahyu 19:11 – 20:6).

Ibrahim (Nabi)

Nabi Ibrahim berasal dari Ur-Kasdim di Mesopotamia Selatan. Dia dipanggil Allah untuk mendiami tanah Kanaan, kerana Allah ingin memeteraikan suatu perjanjian dengannya di sana.

Allah telah menjanjikan kepada Nabi Ibrahim bahawa melaluinya seluruh dunia akan diberkati. Allah telah menguji iman Nabi Ibrahim dengan memerintahkannya untuk mengorbankan anaknya (KST: Kejadian 22:1 – 19). Kedua-dua anak Nabi Ibrahim, iaitu Ismail dan Ishak amat disayanginya tetapi yang paling diutamakan Ibrahim ialah kepatuhan kepada Allah. Nabi Ibrahim diakui sebagai bapa ‘semua orang yang percaya’ (KSI: Rom 4:11).

Ibrani

Nama bangsa dan nama bahasa yang berasal daripada orang yang berketurunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ishak. Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa dia akan diberkati supaya keturunannya menjadi berkat kepada seluruh dunia (KST: Kejadian 12:1 – 3). Malangnya, banyak daripada keturunan Nabi Ibrahim yang tidak mentaati kehendak Allah dalam kehidupan mereka. Keingkaran orang Yahudi membawa penderitaan kepada diri mereka dan orang di sekeliling mereka. Akhirnya, mereka memerlukan penyelamatan yang hanya datang daripada Allah melalui al-Masih yang akan datang.

Ilyas (Nabi)

Isa al-Masih (KSI: Matius 17:9 – 13). Oleh itu, Nabi Yahya disamakan dengan Nabi Ilyas (KSI: Matius 17:13).

Iman

Percaya kepada Allah dan patuh akan segala perintah-Nya. Iman yang tulen terserlah sebagai keinginan untuk diperkenankan Allah, dibangunkan oleh Roh Allah dalam hati, termasuk ‘kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri (KSI: Galatia 5:22 – 23).’ Kesetiaan kepada agama tidak semestinya menghasilkan iman yang sejati. Lihat Roh Suci.

Kunci: KST: Kitab Suci Taurat; KSZ: Kitab Suci Zabur; KSI: Kitab Suci Injil